Oleh Mohd Sayuti Omar
Perang dalam Pas.
Selama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (Allahyarham) masih ada keadaan dan
suasana politik dalam Pas di Kelantan tenang dan aman. Tiada pergolakan
yang melaut dan kelihatan secara nyata. Secara zahiriahnya ianya masih
terkawal. Ikatan persaudaraan dan ukhwah juga masih terkawal dan dijaga
dengan baik. Malanfnya selepas ketiadaan beliau, suasana berubah, arah
bertukar.
Bagaimana pun sebaik Tokguru tiada telah meletus perang saudara politik
di Kelantan. Kejadian ini sangat mengaib dan menghairankan. Seolah-olah
tidak ada iktiar dan penawar dengan pemergian sang murabi itu
sehinggakan ia menunggang langgangkan suasana dan keadaan Pas. Pas
menjadi berpecah dan berantakan sesama sendiri. Pas ibarat kaca
terhempas ke batu keras.Quran yang dipegang selama ini tertanggal dari
genggaman?
Kenapa berlaku perang saudara dalam Pas yang jika dihalusinya ia meletus
kerana berlaku perebutan takhta. Sejarah lampau yang meranap istana dan
melemahkan sebuah empyar tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku
di Kelantan. Tampaknya sejarah hitam itu turut menyinggahi Kelantan.
Pas yang memerintah Kelantan kini sudah memasuki tahun ke 27 adalah
pesaka peninggalan Nik Aziz. Seharusnya dan menjadi sunah dalam Islam
pesaka harus dibahagikan kepada asnaf-asnaf yang berhak. Kalau
diibaratkan Pas dan kerajaan Kelantan itu pusaka, maka ia harus dibagai
sama rata dengan penuh keadilan. Malangnya apa diharap dan seharus
berlaku itu tidak terjadi demikian. Berlaku perebutan dan pembahagian
harta pesaka yang tidak adil di kalangan "anak-anak" yakni ahli Pas.
Mereka gagal bermaufakat, walhal apa sepatutnya mereka sepakat
mempertahankan kerajaan Kelantan kerana itulah simbol kesetiaan dan
kasih sayang kepada perjuangan Nik Aziz.
Kerana mengalpa sunnah dan kewajiban itu maka terjadilah sesuatu yang
memahitkan lidah hidup itu. Pas menjadi bentarakan. Mungkin kerana
asakan nafsu dan juga jolokan musuh, material dan juga adu domba musuh,
Umno. Tanpa menyalah sesiapa, menunding jari antara satu sama lain,
kedua pihak harus bertanya dengan jujur ke dalam hati mereka. Apakah
yang mereka tindak dan putuskan itu sekarang ini benar?
Satu keputusan yang dibuat secara istikharah sebagai mana diamalkan oleh
Nik Aziz atau diajarkan oleh para Nabi? Dua permasalahan di sini, yang
tidak mungkin atau pun perlu disoalkan lagi kenapa ia terjadi, tetapi
masih boleh diungkitkan sebagai mendapat ruang penyelesaian. Apakah
keputusan menubuhkan Parti Amanah Negara itu benar, dan apakah sikap
menentang Amanah itu juga benar? Dalam tilikan para "biologis politik"
inilah menjadi punca kepada kekemelutan politik di Kelantan kini
sehingga ia memperlihatkan kerajaan Pas Kelantan mungkin boleh karam.
Dengan mengambil semangat Nuzul Quran mengutip segala pengajaran dan
peringatan daripadanya, dan dalam merasai wap dan menghidu setanggi hari
kemenangan, -- Idul Fitri mari kita bertanya dengan ikhlas terhadapa
apa yang dilakukan sebelum ini?
Walaupun ia sudah besar "memborak", ibarat kapal sudah pecah
sebahagiannya, semua pihak sudah menuduh, saling kata mengatakan di
antara satu sama lain, sampai keluar perkataan dan bahasa kesat dan
keji, tetapi yang ternyata mentari masih belum naik di sebelah Timur.
Ertinya khiamat masih belum berlaku. Kiamat politik kepada orang politik
akan berlaku sesudah tibanya pilihan raya umum (Piraum) ke-14. Nah
Piraum masih belum datang.
Makanya selagi mentari belum muncul di ufur Timur, pintu taubat masih
terbuka. Ayuh, Pas, Amanah dan "anak-anak" (mereka yang mendokong) Nik
Aziz semua, bertaubatlah membetulkan diri dan nawaitu. Quran ditangan
masing-masing. Bacalah dan beramallah dengannya, dan marilah kita
menyambut hari kemenangan dengan jaya dan penuh bererti.
Pas sudah sedar.
Hari ini Pas Kelantan perlahan-lahan sudah dapat merasakan hakikat yang
harus dihadapi parti itu. Bahawa ia bukan senang untuk mempertahankan
legasi Tokguru dengan bersendirian. Demikian juga di pihak Amanah, sudah
mengakui bukan mudah, malahan amat sukar untuk mereka mempertahankan
legasi Tokguru, menyelamatkan kerajaan Kelantan agar tidak berpindah
tangan. Ertinya kedua pihak mengakui.
Alhamdulilah kesedaran sudah mula berbunga. Mungkin ia datang
bersama berkat Ramadhan. Ada Malaikat yang meniupkan keinsafan ke dalam
dada para pemimpinnya. Apabila Pas masih mengharapkan rakan yang
sama-sama membantu kemenangan di Kelantan tempoh hari selama ini agar
kekal berada dalam kerajaan Kelantan, itu tandanya kesedaran baik di
pihak Pas.
Hari ini Pas tidak mahu lantikan politik dari PKR meninggalkan jawatan
mereka. Walaupun hubungan diplomatiknya sudah putus tetapi Pas Kelantan
tidak sedia memaksa dan mengambil keputusan agar ahli PKR meninggalkan
jawatan mereka. Apa ertinya ini? Ini bererti Pas mulai merasai kegerunan
untuk bersendirian. Pas dapat merasakan kesepian itu bagaikan hantu
yang sedang mengusik ilusinya sendiri.
Seperti mana saya katanya, itu tindakan baik yang seharusnya dijunjung
tinggi. Tetapi sedikit songsang bagi Pas, kenapa ia harus berkawan hanya
dengan kawan yang kecil. Dimanakah "bisa" dan bijaksana dengan berpaut
di ranting sedangkan dahan besar sedia menanti? Pas seharusnya berpaut
di dahan dan ranting juga.
Amanah sudah lama membuka pintu hati dan harapan, malahan sejak awal
perwujudannya menawarkan diri kerjasama dengan Pas Kelantan dan memberi
jaminan untuk mempertahankan kerajaan peninggalan Tokguru. Bahkan
seperti mana sebut Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah beliau tidak mahu kewujudan Amanah menjadi sejahat Berjasa
tahun 1978 yang bertindak menjadi "syaitan" membantu Umno tumbangkan
kerajaan Pas. Dari segi tawarikhnya, kerajaan Kelantan juga milik Amanah
kerana ia dibangunkan oleh para pemimpin Amanah termasuk Husam Musa.
Malangnya tawaran itu ditolak mentah-mentah dengan rakus oleh Pas.
Bahkan Mohd Amar Nik Abdullah tergamak mengatakan Amanah sebagai parti
pengkhianat. Ironis lagi katanya, jika Pas kalah nanti dosanya akan
ditanggung oleh Amanah. Penolakan itu mungkin dalam hisab para pemimpin
Pas bahawa Amanah tidak mampu untuk surive dan bersaing dengan
Pas di Kelantan memandangkan ia parti baharu di mana parti baharu
selalunya akan dirujuk jangka hayatnya kepada Berjasa, Hamim dan
Semangat 46.
Tidak juga boleh dipersalahkan rasa jengkil Mohd Amar itu. Dalam emosi
meluap, wajar kalau beliau dan Pas berasa marah. Apa lagi keburukan
kerajaan Kelantan didedahkan kepada umum yang tidak sepatutnya dilakukan
segeram itu. Sekaligus sesiapa pun akan marah. Namun dalam permainan
politik bukan begitu. Sikap membakar kelambu marahkan nyamuk bukan
bijaksana. Pas boleh marah, tetapi dalam masa sama bukan menjauhkan diri
daripada serpihan dan compingan asalnya tetapi mencari jalan untuk
berbaik. Itu politik kerjasama.
Hari ini syukur Pas seperti sudah nampak akan masalah yang ada di
hadapannya. Bahawa ia bukan senang untuk mempertahankan kerajaan
Kelantan dalam kesendiriannya. Sikap lunak dan baiknya dengan PKR
menunjukkan 'maknawi" itu.
Apakah perubahan sikap dan pendirian Pas itu setelah melihat, ada
gelombang berlaku di Kelantan yang digerakkan oleh Amanah yang kini
bersama PBBM. Mungkin. Kemelaratan pengaruh Amanah kian terasa apabila
Husam Musa akhirnya memilih Amanah sebagai wadah selepas beliau dipecat
kejam daripada Pas. Perkembangan Amanah itu nampaknya diperhati dan
dinilai oleh pemimpin Pas. Tentunya panji-panji sang Oren yang berkibar
di mana-mana sudut dan penjuru di negeri Cik Siti Wan Kembang itu
tertimpa ke dalam retina mata Pas.
Amanah dan PBBM juga lemah.
Saya hendak berkata jujur di sini, dalam tilikan saya, Amanah dan PPBM
masih belum berdaya untuk mempertahankan kerajaan Kelantan secara
sendirian. Parti itu masih belum kuat. Rakyat yang mengharapkan kepada
Amanah, akhirnya menyebabkan Umno akan memngambil alih kerajaan
Kelantan. Sekiranya maksud Cikgu Rahim ingin mempertahakan maruah
Tokguru dengan partinya itu ia tidak berdaya. Begitu juga dengan Pas,
walaupun realitinya masih mengatasi pengaruh Amanah namun tanpa pakatan
dan kerjasama ia sukar mempertahankan kerajaan Kelantan.
Kerajaan negeri Kelantan dapat dipertahankan sekiranya ada perpaduan dan kerjasama antara kedua pihak.
Nah, apabila semua pihak sudah menginsafi musibah itu, kenapa tidak
sahaja mereka berpadu antara satu sama lain. Tidak ada sesiapa yang rugi
kalau pun membahagikan harta pesaka secara adil. Harta itu tetap akan
menjadi milik mereka kerana pembahagian itu dikalangan adik beradik
bukannya orang asing. Selagi adik beradik berada di bawah satu bumbung,
maka keteguhan pesaka itu akan kekal seperti asalnya.
Hari ini walaupun Amanah tidak mendapat bahagian yang sama rata,
disebabkan berlaku penyelewengan dan rasa tamak, tetapi sedikit sebanyak
ia memiliki harta peninggalan itu. Begitu juga degan adik beradik yang
lain termasuk PKR, atau pun anak-anak angkat dalam Pas seperti pengundi
luar dan orang atas pagar. Mereka juga ada harta atau kuasa itu. Jika
kuasa itu diibarat sehelai daun, atau sebuah peta sebahagian besarnya di
dalam tangan Pas, secebis dalam Amanah dan secebis lain bertaburan.
Kalau ia tidak disatukan cebisan itu akan berselerak, dan Pas yang
memegang bahagian besar daun itu pun ia tetap tidak akan wujud sebagai
sebuah daun yang ideal. Kesyumulan daun (kuasa) itu akan wujud apabila
ianya disatukan. Jika ia diibartkan kepada peta yang melakarnya
tersimpannya khanzah atau harta karon, tanpa penyatuan peta besar itu
dengan cebisannya, ia tidak akan dapat menunjukkan jalan atau lokasi
simpanan harta karon berkenaan. Tanpa penyatuan semuanya akan terlepas.
Mentari masih belum naik di bahagian Timur walaupun tanda-tandanya sudah
ada. Mentari itu akan naik sebaik sahaja tarikh Piraum diumumkam.
Sebelum tarikh itu menjelma elok semua pihak maufakat untuk duduk
bersama menyatukan serpihan-serpihan daun itu. Pengekalan kerajaan
Kelantan itulah tandanya kesetiaan kepada Nik Aziz.
Empat orang yang saya terakan wajah mereka dalam catatan ini; Ahmad
Yakob, Mohd Amar Nik Abdullah, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Husam
Musa harus mengatur langkah untuk berahlan wasalan. Semoga
langkah mereka akan bergerak ke garis lurus untuk sama-sama merebut
kemenangan hakikat pada hari kemenangan nanti. Iya mungkin mustahil
kerana keegoisan politik itu sangat tinggi, tetapi itulah harapan
masyarakat banyak di Kelantan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan