Propaganda Barisan Nasional memang suka bermain dengan hati dan
perasaan orang Melayu. Mudah bagi mereka, kerana kita orang Melayu mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang melibatkan soal hati.
Tapi hakikatnya, propaganda dan penipuan United Malays National
Organisation ini bukannya susah untuk dipatahkan. Contohnya propaganda
dangkal kononnya hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan apabila
Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
Mari kami berikan fakta-fakta sebenar tentang dakwaan tak sekolah ini.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, ada beberapa peruntukan berkenaan
kedudukan masyarakat Melayu yang selalunya disebut sebagai ‘hak istimewa
orang Melayu’.
Antaranya adalah:
1) Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 153)
2) Bahasa Melayu (Perkara 152)
3) Majlis Raja-raja (Perkara 38)
Di dalam Perlembagaan juga turut termaktub bahawa peruntukan
berkenaan dengan orang Melayu ini tidak boleh dipinda ataupun
dimansuhkan tanpa:
1) Sokongan dua pertiga ahli dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
DAN
2) Persetujuan Majlis Raja-raja.
Maknanya, adalah mustahil untuk memansuh, membatal, memindah,
mengubah, atau membuat sebarang perubahan terhadap peruntukan berkenaan
hak dan keistimewaan orang Melayu yang wujud di dalam Perlembagaan.
Kalaupun ada sokongan dua-pertiga ahli Parlimen, Majlis Raja-raja sudah tentu tidak akan setuju!
Bukan itu sahaja, cuba kita fikirkan; mana ada kerajaan ingin jadi
kerajaan untuk satu penggal sahaja? Kalau ada kerajaan yang cuba
mansuhkan hak Melayu, ingat orang Melayu mahu sokong mereka lagi? Takkan
lah Pakatan Harapan bodoh sampai tahap itu?
Justeru, janganlah mudah termakan dengan penipuan yang berlegar di
luar sana. Perlembagaan kita memberi perlindungan yang cukup kuat dalam
hal-hal begini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan