KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua menghentikan spekulasi
akan meninggalkan parti itu dengan mengesahkan beliau akan terus bersama
PKR.
“Saya tidak kata saya keluar parti. Saya yakin dengan perjuangan ini
dan saya sudah bersama parti ini lebih 20 tahun, sejak saya muda lagi
hingga sekarang,” katanya pada sidang media di Selayang, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Baru itu berkata, beliau tiada masalah jika tidak
dicalonkan pada pilihan raya umum ke-14 dan bersedia membantu calon yang
akan bertanding di Parlimen Batu.
“Saya amat komited dengan parti. Saya percaya pimpinan PKR ada
kebijaksanaan untuk memilih calon di Parlimen Batu. Saya seorang
reformis.
“Saya tidak ada masalah jika tidak dicalonkan, saya kekal berkempen,
tetapi saya rasa amat diperlukan di kawasan pusat. Jika tidak bertanding
di Batu, saya tetap memainkan peranan dalam parti.”
Sementara itu, Tian Chua mengingatkan PKR supaya tidak tunduk kepada
keinginan atau tekanan sesetengah pihak yang cuba mengubah calon
dimuktamadkan pucuk pimpinan parti.
“Saya gesa pemimpin berhati-hati dalam memilih calon, bukannya kerana
dilobi. Kita mempunyai tugas berat dan tidak seharusnya dilihat hanya
memuaskan hati sesetengah pihak.
“Saya masih berharap pemimpin kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai kekuatan untuk
bertahan dengan tekanan.”
Beliau menasihatkan pihak yang berminat menjadi calon supaya bersabar dan tidak mengganggu tugas pucuk pimpinan parti.
“Saya ingin ingatkan sesiapa yang ingin jadi calon sila bersabar
kerana akan ada peluang untuk mereka memainkan peranan dan sesiapa yang
dipilih harus memainkan peranan sewajarnya untuk mempertahankan kerusi.
“Semua pihak harus bersikap tenang kerana ini satu perjuangan besar.
Semua tekanan yang diberikan ini tidak sihat. Saya gesa semua pihak
berhenti dan bersatu.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan