SPR Cuba Lindungi Najib , Rosmah ?

Oleh Liew Chin Tong

Apabila Barisan Nasional memasang berpuluh ribu, malah mungkin beratus ribu bendera, kain rentang, sepanduk, poster, papan tanda dan skrin elektronik di tempat awam di seluruh negara sebelum hari penamaan calon, ia dibiarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Bila ditanya, ia kata ia tiada hak sekat bahan kempen.

Apabila Pakatan Harapan memasang gambar Tun Dr Mahathir Mohamad, ia mula membuat pelbagai peraturan tambahan. SPR seolah-olah takut dengan gambar Mahathir. Tetapi mengapa SPR perlu takut? Ia bukan BN dan ia bukan UMNO.

Di Ayer HItam, Johor, semalam, pihak SPR telah campurtangan meminta PH menurunkan papan tanda yang menyiarkan gambar calon BN, Wee Ka Siong bersama dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

 Jika tidak diturunkan, mereka memberi amaran pasukan penguatkuasa SPR akan merobohkannya.

Sejak bila SPR menjaga kepentingan Rosmah? Adakah peraturan-peraturan tambahan yang SPR kuatkuasakan sejak beberapa hari lalu bertujuan melindungi Rosmah?

Rakyat menuntut keadilan. SPR tidak boleh berpihak. SPR wajib bersikap adil
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan