Kerugian RM6.27
bilion yang direkodkan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) tidak harus
dijadikan medan untuk menuding jari antara satu sama lain.
Selepas ia dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook miliknya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali pula membalasnya di Twitter. Sama ada ia salah BN atau PH, hakikatnya Khazanah sudah rugi.
Selepas ia dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook miliknya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali pula membalasnya di Twitter. Sama ada ia salah BN atau PH, hakikatnya Khazanah sudah rugi.
Penganalisis berpendapat, apa yang berlaku ke
atas Khazanah adalah kesan big bath iaitu apabila berlaku pertukaran di
peringkat kepemimpinan. Kita sudah maklum apa berlaku kepada sayap
pelaburan ini pada Julai tahun lepas yang menyaksikan sembilan ahli
lembaga pengarah meletak jawatan.
Ini termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman
Mokhtar yang kemudiannya digantikan dengan Datuk Shahril Ridza Ridzuan,
yang sebelum itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP).
Tutup Malaysia Airlines?
Selasa lalu, Khazanah mengumumkan kerugian
besarnya berbanding keuntungan RM2.9 bilion yang direkodkan tahun
sebelumnya adalah disebabkan rosot nilai. Ia menyaksikan nilai aset
bersih menurun lebih 20 peratus atau RM25 bilion kepada RM91 bilion
setakat 31 Disember 2018 berbanding RM161 bilion tahun sebelumnya.
Rosot nilai Khazanah berjumlah RM7.3 bilion yang
direkodkan tahun lalu, sebahagian besarnya disumbangkan oleh Malaysia
Airlines. Jumlah rosot nilai pada 2018 adalah tiga kali ganda melebihi
rosot nilai sebanyak RM2.3 bilion pada 2017.
Susulan itu, beberapa penganalisis melihat
terdapat keperluan supaya Malaysia Airlines dijual atau ditutup kerana
setelah dijadikan syarikat persendirian oleh Khazanah pada 2014 ia masih
tidak mampu berdiri sendiri.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada program
pelan pemulihan lima tahun Malaysia Airlines dengan suntikan dana
berjumlah RM6 bilion. Malah, Shahril Ridza berkata, Khazanah akan
memastikan pelan pemulihan yang memasuki fasa akhir itu akan
dilaksanakan sepenuhnya.
Namun, tindakan ini adalah tidak wajar. Dengan
menutup dan menjual Malaysia Airlines bukan penyelesaian jangka panjang
yang baik. Khazanah mengambil alih Malaysia Airlines disebabkan agenda
nasional. Jika bukan Khazanah mempertahankan beberapa syarikat milik
kerajaan (GLC) penting kepada negara, agensi mana yang sanggup pikul
tanggungjawab ini?
Masa depan para pekerjanya juga perlu diambil
kira walaupun ada berpendapat asetnya boleh dijual untuk membayar hutang
dan pekerjanya disalurkan kepada syarikat penerbangan lain seperti
Malindo Air atau AirAsia.
Sejak dinyahsenarai dari Bursa Malaysia mulai
2015 hingga 2017, Malaysia Airlines merekodkan kerugian sebanyak RM2.3
bilion disebabkan kelemahan ringgit dan kos bahan api yang tinggi.
Jual aset
Sejak November lalu, selepas penyusunan semula
Khazanah, ia dilihat menjual satu demi satu asetnya terutama
pegangannya dalam IHH Healthcare Bhd. kepada syarikat Jepun, Mitsui
& Co. Ltd. dengan nilai RM8.42 bilion, diikuti penjualan pegangan
Axiata dalam M1 Ltd. bernilai RM1.65 bilion.
Awal minggu ini pula, Khazanah dilaporkan akan
melupuskan pegangan dalam taman tema Lego pertama di Asia, Legoland
Malaysia Resort (Legoland Malaysia), dengan nilai sekitar RM1 bilion
termasuk hutang.
Namun, Shahril Ridza memberitahu, Khazanah hanya
akan menjual aset berkenaan sekiranya mendapat tawaran yang baik. Beliau
juga tidak menolak sebarang cadangan penjualan aset asalkan ia mampu
memberi pulangan yang baik pada masa depan.
Oktober lalu, Setiausaha Politik Menteri
Kewangan, Tony Pua berkata, Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) akan mengkaji semula dan mencairkan beberapa ‘aset tidak
strategik’ sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan.
Bagaimanapun, Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti
Aziz menegaskan PNB harus memberi keutamaan kepada para pelabur yang
disifatkan sebagai hak milik awam dan walaupun aset berkenaan dilupuskan
ia tidak memberi kesan kepada kewangan kerajaan.
Ke mana hala tuju Khazanah?
Selepas kerajaan berikrar untuk membersihkan GLC
daripada pengaruh politik demi mengembalikan semula keuntungan
syarikat-syarikat ini, Khazanah sepatutnya menjadi peneraju dalam
perkara ini terutama dengan mandat baharu yang dipikulnya.
Di bawah mandat baharu itu, seperti diluluskan
Lembaga Pengarah, Khazanah perlu meningkatkan kekayaan jangka panjang
Malaysia dengan berusaha ke arah dua objektif pelaburan iaitu komersial
dan strategik. Ia akan dilaksanakan melalui struktur pelaburan dwi-dana.
Azmin sendiri merupakan satu daripada Ahli
Lembaga Pengarah Khazanah bersama dengan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamed sebagai Pengerusi. Pastinya seluruh rakyat Malaysia
mahu melihat Khazanah kembali mencatat keuntungan dalam tahun ini.
0 comments:
Catat Ulasan