ALOR SETAR: Pakatan Harapan yang menggabungkan PPBM, DAP, Amanah dan
PKR mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu di Kedah
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi
PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Rapat Umum Selamatkan
Malaysia dan Kenduri Rakyat gabungan 4 parti pembangkang itu di sini.
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah disandang Timbalan Presiden PPBM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir manakala jawatan timbalan pengerusi
disandang Ahli Parlimen Kuala Kedah daripada PKR Dr Azman Ismail,
Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengerusi DAP Kedah
Tan Kok Yew.
Selain itu, Ketua Sekretariat pula ialah Dr Abdul Rahman Ahmad
daripada Amanah, Setiausaha PPBM Kedah Datuk Abdul Aziz Mahmud
(Bendahari), Ketua Pemuda Amanah Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (Ketua
Pemuda Pakatan Harapan Kedah) dan Ketua Wanita PKR Kedah Nurin Aina
Abdullah (Ketua Wanita Pakatan Harapan Kedah).
Timbalan Pengerusi PPBM Kedah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid menyandang
jawatan Pengarah Penerangan manakala Timbalan Pengerusi Amanah Datuk Ir
Phahrolrazi Zawawi pula Pengarah Pilihan Raya.
Lima anggota jawatankuasa ialah Gooi Hsiao Leung (PKR), G.
Karunagaran (DAP), Dr R. Krishnamoorthy (PKR), Aris Awang (Amanah) dan
Beh Poh Kheng (DAP).
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan