Patriot selar MB Negeri Sembilan lakukan kempen provokasi cetus ‘keganasan’

Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan, untuk menggalakan tercetusnya ‘keganasan’ di kalangan rakyat negara ini.

Presidennya Brid Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, persatuan itu berpandangan ucapan Mohamed tidak mencerminkan sebagai seorang pemimpin politik negeri.

“Tingkah lakunya tidak mencerminkan seorang ahli politik dan seorang pemimpin di peringkat negeri.

“Kelakuan seperti samseng itu adalah salah dan tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia kita.
“Ucapannya tidak diterima dengan baik oleh masyarakat umum dan ramai yang telah menonton video itu meluahkan cemuhan dan perasaan jijik.

“Kami tertanya-tanya sama ada dia fikir sebagai Menteri Besar memberinya hak dan keistimewaan untuk mengatakan apa sahaja yang diinginkan, walaupun bertentangan dengan kanun jenayah.
“Lebih teruk lagi apabila beliau menghasut penyokong partinya agar mengambil tindakan fizikal terhadap sesiapa sahaja yang dilihat mengkritik kerajaan.

“Kami juga tertanya-tanya apakah dia fikir sebagai Brigadier Jeneral Kehormat Pasukan Simpanan Tentera Darat memberi hak kepadanya untuk mengancam orang awam dan pembangkang.

“Patriot ingin memaklumkan bahawa Jeneral Tentera tidak berkelakuan seperti beliau. Beliau tidak memiliki kehormatan,” tegasnya.

Mohamed Arshad mengulas mengenai video tular yaang menunjukkan menteri besar itu mengeluarkan kata-kata provokasi dikalangan ahli BN di negeri itu dalam ucapnya dalam Majlis Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Rembau pada Ahad lalu.

Menurut Mohamed Arshad lagi ahli politik untuk menunjukkan tingkah laku dan teladan yang baik, dan ucapan yang mereka buat seharusnya menggalakkan rakyat untuk bersatu, menunjukkan patriotisme, dan membina masyarakat Malaysia yang harmoni bukan sebaliknya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan