Kecoh Buku Laporan Kajian Semula Syor Persempadanan Syor yang
dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang oleh Speaker Tan Sri
Pandikar Amin Mulia daripada di baca dan dibawa keluar dewan dikalangan
wakil rakyat hari ini.
Pandikar hanya membenarkan wakil rakyat membacanya di dalam dewan tanpa di bawa keluar buku laporan tersebut.
” Saya tahu semua Yang Berhormat ‘bijaksana’ benda yang tidak dibahas
pun boleh disebut apatah lagi perkara yang telah dibincangkan begitu
lama. Apa sangat yang mahu dibaca. Jadi saya tidak benarkan untuk dibawa
keluar.
“Saya tahu ipoh-barat tahu dalam persempadanan,” ujarnya.
Namun Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) bangun mencelah dengan kenyataan Pandikar itu.
“Saya bukan nak persoalkan apa yang dipersoalkan Tan Sri. Apa yang
pelik apabila tan sir bimbang tidak ada siapa yang bertanggungjawab
terhadap penyiaran itu nanti.
“Kalau ada orang atau pihak media yang menyiarkan ambil tindakan
kepada pihak media. Bukan menghalang untuk kami bawa pulang untuk buat
sedikit penelitian untuk menjadikan sebagai bahan perbahasan itu nanti.
“Kalau Tan Sri kata apa sangat yang mahu dibaca kalau tak boleh di baca tak payah dibentanglah.” ujarnya.
Bagaimanapun Pandikar bertegas dengan keputusan tidak membenarkan
laporang persempadanan itu dibawa keluar dan mengingatkan Mahfuz agar
tidak berdegil.
“Yang Berhormat berapa kali pun berdiri begitu juga pendirian saya.
Kalau berapa kali pun Yang Berhormat berdiri, begitu jugalah pendirian
saya.
“Kalau Yang berhormat berdiri satu dua kali lagi akan menghabiskan
masa persidangan pagi ini berdegil dengan peraturan mesyuarat…tiada
pilihan lain. Itu sebab saya buat keluar.
“Lepas tu Yang Berhormat kata pegawai-pegawai akan baca sedangkan pegawai-pegawai tiada hak untuk membaca.” ujarnya.
Bagaimanapun Mahfuz sekali lagi bangun membantah mengatakan: “Ini pelik Tan Sri..dalam Malaysia hari ini nak baca pun tak boleh.
“Embargo tidak boleh dibawa keluar,” celah Tan Sri
Lantas Mahfuz menjawab,” Tan Sri arah bentara simpan laporan itu dalam bilik Tan Sri.”
Kemudian Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun bertanyakan
sama ada buku laporan itu boleh dibenarkan di baca ahli parlimen tanpa
di bawa keluar.
“Saya minta jasa baik Tan Sri benarkan kami membacanya, jika pun
tidak membenarkan ia dibawa keluar, kami terpaksa aku tapi
sekurang-kurangnya kita diberi ruang membaca.
“Saya dan ramai ahli parlimen kita sertai proses bantahan,” ujarnya.
Pandikar berkata, embargo itu bermakna tidak di bawa keluar dan dijadikan bahan siaran.
” Macamana ahli Yang Berhormat boleh jamin ia tidak dibawa keluar, sudah ada didepan meja sana,”balasnya.
Home / Berita
/ Kecoh Pandikar tidak benarkan buku Laporan Kajian Semula Syor Sempadanan di baca, dibawa keluar
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan