Rumah ibadat mesti ikut undang-undang

Oleh Abdullah Suady Ramadhan

kuil Sri Maha Mariamman menggemparkan nilai keharmonian negara. Lebih parah ia dicucuk tambah dengan penularan cerita ‘dhoif’ yang multi-versions. Dalam isu ini, rakyat wajar memberi kepercayaan kepada pihak pengaman dan penguatkuasa untuk siasat dan selesaikan secara berhikmah. #Sebarkan Manfaat, Cegahi Mudharat.

Isu pembinaan rumah ibadat tanpa izin ini bukanlah isu baru. Khususnya di Malaysia, isu ini sudah berlarutan puluhan tahun tanpa mengira kepercayaan dan agama. Yang membezakan adalah punca isu samada berkaitan hak tanah, seni bina mahupun kedudukan keselamatan.

Selain isu Kuil Sri Maha Maniamman, negara pernah gempar juga dengan tragedi Masjid Bujal di Terengganu. Keduanya berkaitan isu status tanah dan tuntutan tuan tanah samada pemilik sendiri atau pejabat tanah.

Lain pula dengan tragedi perobohan tokong di Klang yang mana berpunca daripada kritikan netizen kerana tokong terbabit mempunyai kubah persis rumah ibadat agama Islam. Namun tetap wujud kesalahan dibawah Seksyen 425 dan 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah itu secara tidak sah.

Dan begitulah berlarutannya, krisis pembinaan rumah ibadat ini. Walaupon secara asas, syarat asas pembinaan bangunan jelas perlu melalui pejabat tanah atau PBT berkaitan. Hal ini masih ada yang tidak hormati.

Secara asas, di dalam Malaysia, terdapat pelbagai kepercayaan dan agama. Namun pelembagaan telah mengikat dengan jelas Islam sebagai agama Persekutuan.

Namun kepercayaan lain bebas beramal melalui ikatan perkara 11(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Namun Perkara 11 ini bukanlah lesen besar untuk setiap penganut agama itu bebas beramal dengan kepercayaan sehingga tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Masyarakat wajar mengurus ketaatan beragama dengan berlandaskan semangat hak hak warganegara yang lain.

Melihat roh gagasan Sahifah Madinah yang diasaskan oleh Baginda Ar Rasul SAW, bukan sahaja Islam dimartabat sehebatnya. Malah penganut Yahudi dan Nasrani turut mendapat manfaat sebagai warganegara yang merdeka. Segalanya akan harmoni apabila undang-undang dan kepercayaan agama ditimbang seadilnya.

Pernah dalam sejarah Baginda Nabi Muhammad SAW, Baginda sendiri mengarahkan perobohan Masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar kerana dibina tanpa mengikut undang-undang dan pasti dalam Islam undang-undang terbesar adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dalam negara sejahtera Madinah itu sendiri, masjid tidak dibenar dibina sewenang-wenangnya dan ia adalah suri tauladan yang baik untuk masyarakat Malaysia renungi dalam kita membina Malaysia yang lebih baik.

Ayuh kembali kepada asas rukun negara ini yang mana telah termaktub semangat kedaulatan undang-undang disamping kesopanan dan kesusilaan. InsyAllah kita bangsa Malaysia yang hebat.

* Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Kedah merangkap Setiausaha Biro Komunikasi AMANAH Negeri Kedah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan