PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyenaraikan 7
tindakan di pihak kerajaan yang menurutnya akan memenangkan Barisan
Nasional (BN) sekali lagi pada pilihan raya akan datang.
Menulis di blognya hari ini, bekas perdana menteri itu, yang
mempengerusikan BN selama lebih 2 dekad dan memenangi 5 pilihan raya
umum dengan selesa, berkata terdapat pelbagai cara dalam memastikan
kekalahan pembangkang.
Yang paling utama, menurutnya, adalah hakikat yang Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) terletak di bawah telunjuk kerajaan, sedangkan ia
sepatutnya menjadi badan bebas.
Berikut 7 taktik khusus yang menurut Dr Mahathir, akan dilaksanakan bagi memastikan kemenangan BN.
1. Persempadanan semula. “Sempadan boleh dipindahkan, pusat mengundi boleh diubah dan nama pengundi hilang atau muncul di senarai lain.”
2. Rasuah pengundi. “Aduan terhadap pihak berkuasa tidak disusuli tindakan. Selain wang, perkakas dapur dan pelbagai barangan lain akan diedarkan.”
3. Gangguan terhadap parti lawan. “Parti pembangkang diganggu, kesalahan dicari dan pendaftaran dilambatkan atau ditolak.”
4. Sumber dana pembangkang dihalang. “Penderma
mereka diancam, dipaksa dengan penambahan cukai dan dituduh dengan
pengubahan wang. Wang mereka dalam bank dibekukan supaya mereka tidak
dapat menjalankan perniagaan.”
5. Kemudahan awam dihalang. “Dewan milik awam
ditutup kepada parti pembangkang. Hotel boleh menafikan kegunaan dewan
mereka untuk pembangkang. Pihak berkuasa tempatan tidak memberi permit
untuk perhimpunan anjuran pembangkang. Dalam beberapa kes, penggunaan
khemah untuk perhimpunan tidak dibenarkan.”
6. Undi bukan rahsia. “Kerajaan akan menyebar khabar
angin yang ia mengetahui pilihan pengundi. Ia menjurus kepada ancaman
terhadap penyokong pembangkang yang mereka akan dihukum.”
7. Penggunaan pegawai kerajaan. “Pegawai di agensi
dan syarikat milik kerajaan diberitahu supaya memastikan kakitangan
mereka mengundi untuk parti kerajaan. Mereka diugut akan dipecat
sekiranya gagal berbuat demikian.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan