Beliau akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Halim Said serta calon Pas Dr Ahmad Fakhruddin Fakrurazi yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundor.
Sementara itu bagi kerusi Dun Kubang Rotan pula Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris yang mewakili PH akan bersaing dalam pertandingan tiga penjuru.
Beliau akan ditentang oleh calon BN Abdul Muthalib Harun yang juga merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah dan juga calon Pas iaitu Ustaz Omar Saad.
Manakala bagi kerusi Dun Anak Bukit pula, mantan Ketua Pembangkang Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) akan ditentang dalam pertandingan tiga penjuru.
Ia akan ditentang oleh calon BN iaitu Johari Aziz yang juga merupakan Setiausaha Umno Bahagian Kuala Kedah serta calon Pas, Hamdi Ishak yang juga Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Kedah.

Suasana sekitar hari penamaan calon bagi Parlimen Kuala Kedah semalam.
Beliau akan ditentang oleh calon BN iaitu Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan calon Pas iaitu Muhamad Riduan Othman.
0 comments:
Catat Ulasan