Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengesahkan kawasan Parlimen
Bagan menyaksikan pertembungan empat penjuru, manakala saingan lima
penjuru di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di parlimen
berkenaan.
Setiausaha Agung DAP kebangsaan, Lim Guan Eng bertanding dengan
menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Bagan.
Beliau dicabar tiga calon parti lain, iaitu Lee Beng Seng (Barisan
Nasional (BN)); Koay Xing Hoon (Malaysian United Party (MU)) dan
Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.
Bagi kerusi Dun Bagan Dalam, muka baru DAP iaitu M. Satess yang
bertanding atas tiket PKR juga, sah dicabar oleh J. Dhinagaran (BN),
Teoh Uat Lye (MU), Teoh Huck Ping (PRM) dan Jasper Ooi Zong Han (PFP).
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Jawi, Soon Lip Chee
bertanding di Dun Bagan Jermal atas tiket PKR juga, dicabar Teoh Chai
Deng (PRM) M. Hari Devyndran (MU), Fabian George Albert (PFP) dan Ang
Chor Keong (BN)
Penyandang dari DAP juga, Phee Boon Poh kekal bertanding menggunakan
logo PKR bagi mempertahankan kemenangannya di Dun Sungai Puyu.
Wakil rakyat veteran itu sah dicabar Tan Lay Hock (PRM), Lim Hai Song (BN), Neoh Bok Keng (MU) dan Ong Yin Yin (PFP).
Pegawai Pengurus Pusat Mengundi SPR, Dato’ Sr. Rozali Mohamud
mengumumkan pengesahan calon-calon yang bertanding tersebut di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwong Hwa Butterworth semalam.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan