Oleh Mohd Sayuti Omar
Di
sebuah meja makan malam sebelum 13 Oktober saya secara iseng-isengan
berkata kepada seorang rakan dalam mengulas acara perjumpaan Anwar
dengan Agong semalam menyebut, "sebelah pagi Anwar jumpa Agong, petang
Tengku Razaleigh pula akan mengadap Agong."
Saya tidak mempunyai maklumat kalau acara Tengku Razaleigh itu akan berjumpa Agong selepas Anwar. Ia hanya kebetulan.
Tetapi tahu-tahu ahli Parlimen Gua Musang itu pergi jumpa Agong betul-betul, bukan percubaan.
Mungkin
mereka yang ada maklumat dan yang menyediakan kertas assigment tidak
berasa pelik dengan kehadiran Razaleigh itu, tetapi ia asing dan pelik
bagi saya dan orang-orang seperti saya. Untuk apa dan mengapa, dan
apakah keperluan dan logikalnya?
Dia
bukan ketua parti dan bukan juga bekas PM yang ingin cuba mengorek
balik kerusi itu untuk diduduki semula. Kenapa tiba-tiba dia menjadi
penting?
Saya ada "teori" sendiri dalam menilai dan membaca kedudukan Razaleigh ini.
Apakah secara senyap-senyap ada gerakan dalaman Umno untuk mengangkat sebagai PM?
Perlu difahami ramai dalam Umno yang tidak senang dengan Muhyiddin dan gelagat besar kepala PPBM yang mahu jadi Naga.
Ralazeigh
sendiri secara terang-terangan tidak setuju dengan PPBM dan menggesa
mana-mana MP Umno yang pegang jawatan agar letak jawatan?
Apakah nama Razaleigh diangkat setelah presiden Umno dilihat sudah tidak ada wibawa dan keberanian untuk bertindak?
Anggaplah
ia begitu, tetapi apakah kewajaran bagi Razaleigh yang hanya sebagai
pengerusi lembaga penasihat Umno tiba-tiba mendapat perioriti jumpa
Agong?
Kalau
setakat beberapa kerat sahaja dalam Umno mengangkatnya, ia tidak
mencukupi. Razaleigh tidak mempunyai kekuatan untuk mengangkat batang
balak. Mungkin untuk meletakkan balak di atas bahunya mampu, tetapi
tidak untuk membawanya.
Jadi risiko akan patah bahu dengan rancangan itu ada.
Atau pun ada janji-janji manis dari luar yang diberikan kepada beliau.
Sebelum ini difahamkan dia ada jumpa dengan OT95. Apakah ada perbincangan dan jaminan daripada OT95?
OT95
bokeh menjanjikan apa sahaja kepada Razaleigh asalkan menjadi alat
untuk memenuhi kehendaknya agar cita-cita Anwar nak jadi PM terhalang.
Misalnya
OT95 boleh memberi tahu kepada Razaleigh bukan sahaja dia sokong
Razaleigh jadi PM, tetapi Mat bin Sabu, Lim Guan bin Eng juga boleh
dijamin akan menyokongnya. Begitukah?
Politik bipolar OT95 memang sukar dibaca.
Terus terang saya masih belum jelas dengan apa yang berlaku terhadap Razaleigh ini.
Cuma
saya doakan semoga beliau terselamat dan tidak terus dimain dan
dikecewakan oleh orang yang sama berkali-kali. Saya pernah memberi tahu
Razaleigh tentang siapa OT95 kepadanya menyebabkan muka Razaleigh merah
padam. Nanti dicerita lain waktu.
Bagaimana
pun sepatah katanya, "kalau Tuhan kata dia akan jadi PM, cukup dengan
mengatakan kun fayakun," frasa ini kerap disebut Razaleigh.
Dan sebenarnya "ku fayakun" itu juga terpakai buat sesiapa termasuk Anwar juga, Tok Dor Hadi juga.
Hehe... Trims.
0 comments:
Catat Ulasan