Oleh Hanipa Maidin
1. Secara jujur saya sendiri amat suka jika ada orang yang mengkritik Kerajaan PH sama ada kritikan itu dari meja pembangkang atau dari kawan-kawan sendiri atau dari masyarakat sivil atau hatta dari rakyat sendiri.
2. Bagi saya, tak salah sedikit pun untuk mereka mengkritik dan tak salah juga untuk kami semua mendengar dan meraikan kritikan mereka. Mungkin ianya baik untuk kami.
3. Bagi saya juga, itu semua adalah asam garam demokrasi. Yang mengkritik sudah tentu didasari pelbagai niat dan tujuan. Mungkin dikira mustahil jika yang mengkritik didasari oleh motif yang satu dan sama meskipun di sana mungkin wujudnya persamaan tertentu..misalnya pengkritik bersuara bagi pihak rakyat yang mengeluh keperitan hidup.
4. Yang dikritik pula sudah tentu juga mempunyai pelbagai reaksi. Ada yang mungkin rasa gembira dan berterima kasih kerana dikritik. Ada juga yang mungkin rasa marah, geram dan kecewa. Bagi saya, itu adalah normal, natural dan human nature.
5. Sudah tentu juga wujud perbezaan atau jurang yang besar dari sudut pemilikan info dan maklumat mereka yang berada di luar pentadbiran dan mereka yang berada di dalam pentadbiran Kerajaan sekarang.
6. Jika saya dibenarkan membuat analogi ( yang mungkin analogi yang tidak begitu perfect ), Kerajaan PH ini ibarat pemilik atau pemandu teksi yang mewarisi teksi dari pemandu atau pemilik teksi yang lama. Yang pasti , sudah tentu persepsi pemandu atau pemilik teksi berbeza dengan persepsi penumpang teksi.
7. Atas slogan "customers always right " , penumpang yang menggunakan khidmat teksi sudah tentu berhak marah dan kecewa jika teksi yang mereka naiki keadaannya mengecewakan mereka. Misalnya aircond di dalam teksi tak sejuk, tempat duduk kotor, cermin tingkap tak berfungsi dll.
7. Pemandu juga, saya percaya, rasai apa yang penumpang rasai dan mungkin rasa amat kecewa. Mungkin, bagi pemandu , penumpang hanya melihat dari sudut tertentu sahaja. Mereka ( para penumpang ) mungkin tidak begitu sedar yang pemandu dan pemilik teksi sedang bergelut membayar hutang kereta yang menimbun ( tak termasuk saman yang banyak ) yang mereka warisi, bergelut untuk mengisi minyak teksi setiap hari bagi membolehkan teksi bergerak, berkerja tak tentu masa bagi memperbaiki tahap dan mutu perkhidmatan dll. Tambang yang penumpang bayar hakikatnya kebanyakannya diguna untuk membayar hutang yang diwarisi. Maaf jika analogi saya tak betul atau tak tepat.
8. Sikit sahaja saya nak tambah. Saya ada sedikit pengalaman berkerja dengan YAB PM di JPM. Saya arif sangat kesungguhan dan komitmen beliau untuk pulihkan negara yang tercinta dan membantu rakyat untuk keluar dari kesengsaraan hidup . It goes without saying yang beliau ada pilihan untuk berehat dalam umur 93 tahun, tapi beliau memilih untuk berkerja. Untuk apa? Bagi saya, untuk negara dan rakyat. Period.
9 Begitu juga rakan-rakan saya di dalam anggota pentadbiran Kerajaan. Saya amat kesian melihat mereka berkerja begitu kuat. Jika kita nak tahu betapa kuatnya mereka berkerja , tanyalah ,antaranya, para isteri atau anak-anak mereka.
Apapun, terima kasih kepada mereka yang mengkritik..May Allah bless you all. May Allah also grant us the necessary strength untuk kami laksanakan amanah rakyat ini dengan sabar dan jayanya .
YB Sepang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan