Oleh HAYAR HASSAN
Malam Jumaat lalu, tanggal 13 April 2018, Pengerusi Parti Amanah Pulau Pinang, YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar telah memperkenal dan membuat pengumuman calon-calon PRU 14 bagi kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang telah dipersetujui untuk Parti Amanah mewakili Pakatan Harapan(PH).
Seperti yang dimaklumi, calon-calon daripada Parti Amanah akan bertanding satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) di Negeri Pulau Pinang. Istimewanya untuk Pilihan Raya Umum(PRU) 14 ini, semua calon-calon PH di Semenanjung Malaysia akan menggunakan satu logo sama, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat(PKR).
Parti Tindakan Demokratik@Democratic Action Party(DAP) yang menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun boleh berlapang dada menggunakan logo PKR, apatah lagi ahli-ahli parti PH dan penyokong PH yang lain. Sepertinya tohmahan murahan UMNO/BN atas isu penggunaan satu logo bagi calon-calon PH sudah tidak memberikan sebarang kesan.Ia sudah menjadi isu basi. Pimpinan PH serta semua penyokong PH boleh terus melangkah ke hadapan memasuki gelanggang PRU 14 dengan penuh bergaya dan berbekalkan keyakinan yang amat tinggi.
Semua orang tidak menyangka bahawa keputusan untuk menggunakan hanya logo PKR bagi calon-calon PH tidak menimbulkan riuh rendah dan bantahan daripada ahli-ahli parti dalam PH dan juga penyokong-penyokong PH. Semua pihak menerimanya dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.
Sesungguhnya ini adalah suatu petanda yang amat baik untuk PH. Itu lah hebatnya PH sekarang ini di mata rakyat Malaysia. Setiap program Ceramah Perdana yang menampilkan ceramah Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH pastinya akan dihadiri oleh ribuan manusia ! Itu lah faktanya !
Ternyata UMNO/BN sekali lagi tidak mengjangkakan bahawa isu logo bagi calon-calon untuk PH dalam PRU 14 ini dapat diselesaikan dengan begitu mudah, pantas dan meyakinkan oleh pimpinan PH. Tahniah kita ucapkan kepada pimpinan PH kerana telah menunjukkan contoh yang terbaik. Ahli-Ahli parti dan penyokong tidak menjadi gundah gulana menghadapi tohmahan akhbar-akhbar arus perdana serta media-media elektronik pro UMNO/BN. PH sepertinya terus kompak dan tetap utoh walau pun mendapat asakan yang kuat dari UMNO/BN.
Kembali kepada calon Parlimen dan calon-calon DUN Amanah di Pulau Pinang, kesemua mereka itu adalah merupakan tokoh-tokoh yang berwibawa dan dikenali ramai oleh warga Pulau Pinang.
Mengepalai calon-calon daripada Parti Amanah untuk Parlimen Kepala Batas P 41 adalah Dr Zaidi Zakaria, Perunding Pakar Kanak-Kanak dan Ketua Jabatan Kanak-Kanak di sebuah Pusat Perubatan terkenal di Bukit Mertajam. Dr Zaidi Zakaria bukanlah orang asing bagi masyarakat Pulau Pinang, khususnya Seberang Perai. Tugasnya sebagai seorang Pakar Perunding Kanak-Kanak tentunya telah menemukan beliau dengan begitu banyak ibu bapa yang memerlukan rundingan dan rawatan anak-anak mereka.
Setelah berinteraksi beberapa kali dengan beliau, ternyata pria kelahiran Kelantan Darul Naim ini rupanya seorang yang peramah, mudah didampingi, bersedia menjadi pendengar yang baik terhadap sebarang permasalahan yang kita ajukan kepadanya. Sebagai seorang dokor Pakar Kanak-Kanak, ternyata beliau mempunyai kesabaran yang tinggi serta tidak mudah terpancing emosinya untuk kehilangan sabar, apatah lagi apabila berdepan dengan pelbagai karenah kanak-kanak.
Pengalaman beliau yang telah berkhidmat di Hospital Besar Sarawak , Hospital Besar Alor Setar, Hospital Besar Kuala Terengganu, Hospital USM Kubang Kerian, Hospital Besar Kota Bharu dan Hospital Besar Pulau Pinang menempatkan beliau sebagai seorang yang begitu rapat dengan masyarakat umum khususnya di Seberang Perai. Beliau amat memahami susah payah masyarakat luar Bandar.
Untuk calon DUN N 11, Permatang Pasir, Amanah telah mencalonkan putera Almarhum Dato’ Fadhil Noor, mantan Presiden PAS, Saudara Faiz Fadhil Noor. Beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional dan merupakan seorang peguam yang banyak terlibat dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan tuntutan saman ahli-ahli politik PAS sebelum ini. Difahamkan bahawa beliau telah menerima latihan dan bimbingan dengan peguam terkenal Allahyarham Aris Rizal Fernando Abdullah@Christopher Fernando yang mengendalikan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekitar tahun 2001 dahulu.
Antara kes yang telah dimenanginya adalah kes saman Dato’ Mahfuz Omar melawan akhbar arus perdana pro UMNO/BN. Ternyata putera Almarhum Dato’ Fadhil Noor ini cukup berbakat dan sedang mengukir nama di pentas politik Malaysia. Walau pun mempunyai profesen yang cukup menjamin masa depan sekeluarga, anak muda ini tetap ingin menaburkan bakti kepada masyarakat desa. Anak muda ini seorang yang mudah didekati, peramah, cukup menghormati orang tua-tua dan sentiasa mengukirkan senyuman apabila bertemu dengan semua orang. Kepetahan beliau berpidato adalah sama hebatnya dengan Almarhum Dato’Fadhil Noor.
Untuk DUN N 5, Sungai Dua pula, Amanah telah mencalonkan seorang peguam dan seorang usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Saudara Yusri Ishak sememangnya amat dikenali sebagai sorang ahli perniagaan yang telah berjaya sekitar Seberang Perai dan banyak terlibat dengan kerja-kerja masyarakat sekitar Seberang Perai.
Calon DUN N 38, Bayan Lepas pula, Amanah telah mencalonkan seorang jurutera, Saudara Azrul Mahathir Aziz, Naib Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang. Anak muda ini banyak terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan terutamanya sewaktu banjir baru-baru ini.
Melihat kepada profail dan latar belakang kelima-lima calon Amanah Pulau Pinang ini, ternyata lah bahawa Amanah Pulau Pinang cukup bersedia dan begitu teliti untuk tidak menghampakan semua penyokong PH dan rakyat Pulau Pinang. Dari segi kelayakan ekademik, semuanya adalah lulusan universiti dalam bidang professional perubatan, undang-undang dan kejuruteraan.
Adalah menjadi harapan semua penyokong PH, semua pengundi-pengundi tidak akan ragu-ragu untuk memberikan undi mereka pada 9 Mei 2018 nanti kepada semua calon-calon PH yang menggunakan logo PKR.
Untuk memudahkan laluan kita ke Putrajaya, kesemua 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang mampu dan wajar dimenangi oleh PH. Baki kerusi-kerusi Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau perlu dimenangi oleh calon-calaon PH. Lain-lain kerusi Parlimen Insya Allah boleh dikekalkan oleh PH.
Untuk DUN Pulau Pinang pula, diharapkan ketiga-tiga calon daripada Amanah ini akan menambahkan lagi bilangan ADUN-ADUN Islam/Melayu kita. Peranan mereka akan menjadi lebih mudah dan berkesan apabila mereka berada dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Marilah kita berusaha untuk menempa rekod kemenangan 13-0 untuk kerusi-kerusi Parlimen serta 40 – 0 untuk kerusi-kerusi DUN. Itulah nanti yang dinamakan kemenangan penuh bergaya !
Undilah SEMUA CALON-CALON PH !
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan