Provokasi Segelintir Agen Umno


Angkatan Muda Keadilan mengutuk tindakan agen provokasi UMNO yang telah menggunakan bekas anggota Keadilan untuk menganggu usaha Keadilan dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya ke 14.

Angkatan Muda Keadilan mengalu-alukan pengumuman Pakatan Harapan bahawa semua parti komponen akan hanya menggunakan satu logo, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat di dalam PRU ke 14 bagi berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dakwaan bahawa wujud segelintir akar umbi Keadilan menolak dasar ini adalah tidak lebih daripada permainan dan sandiwara politik yang ditaja UMNO-Barisan Nasional melalui individu tertentu yang rapat dengan proksi Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak.

Hakikatnya, anggota Keadilan komited untuk bekerjasama dan bekerja kuat dengan semua komponen Pakatan Harapan bagi mencipta kemenangan di dalam PRU ke 14 yang bakal berlangsung.

Angkatan Muda Keadilan menggesa seluruh rakyat Malaysia terutama orang muda yang bakal keluar mengundi pada 9 Mei 2018 untuk memangkah logo KEADILAN lantas memberi undi dan kemenangan kepada Pakatan Harapan!

Dr Afif Bahardin
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan